Pages

Friday, September 01, 2006

Pelaburan saham FKLI(future kuala lumpur index)


Selamat sejahtera.

Adakah semua orang tahu bahawa di pasaran saham iaitu BSKL boleh menjadi salah satu tempat untuk kita menambahkan duit poket kita.

O.k kali ni aku nak mencurahkan sedikit ilmu yang aku ada untuk kegunaan sesiapa yang dok bercita-cita nak tambah duit poket dengan cara dok di rumah sahaja.Dengan berbekalkan sebuah komputer tak kira notebook atau desktop, janji boleh sambung ketalian internet sudah kira ok,dan dah boleh meniaga dalam internet.Ramai orang tak tahu bahawa meniaga saham pun merupakan salah satu perniagaan yang berasaskan internet.Untuk pengetahuan semua purata pendapatan yang bakal di perolehi diantara RM1000.00 hingga RM5000.00 sebulan,Dan ini bergantung kepada sebanyak mana jumlah pelaburan yang diperuntukan untuk dijadikan sebagai dana untuk di laburkan.Malah jika jumlah dana yang diperuntukan adalah besar + + + dengan ilmu pengetahuan tentang selok-belok pelaburan yang mencukupi maka jumlah keuntungan akan melebihi dari apa yang di ceritakan seperti diatas tadi.Jumlah keuntungan diatas berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang stock market trader yang dah berkecimpung dalam bidang ni hampir 5 tahun.Macam-macam pengalaman aku dah lalui demi untuk mendapatkan ilmu meniaga di pasaran saham dan sampai sekarang aku masih belajaq teknik-teknik terbaru untuk menambahkan tahap keberkesanan ketika berurusniaga.

Kat bawah ni aku punya sejarah pelaburan di FUTURE KUALA LUMPUR INDEX (FKLI) bulan lepas:

Modal : RM2000.00(kongsi dengan kawan sorang 50/50)

Keuntungan : 25/06/06 hingga 31/07/06 untung RM3300.00 - (rugi RM750.00)

Jumlah urusniaga : 1 bulan = 2 hingga 3 kali sahaja.

Kalau ada sesiapa yang nak tau dengan lebih cepat tentang kaedah-kaedah yang diguna pakai boleh email mai kat aku di : khaz_kay@hotmail.com atau guna comment tang ni.

Sebelum kita mula tajuk utama aku nak bagi tau kalau-kalau ada sapa-sapa yang dok tengah cari peluang meniaga kat dalam internet apa kata mai cuba yang ni,mana la tau kot-kot boleh jalan.Daripada pi dok cuba program yang di anjurkan dari luar negara yang adik-beradik skim cepat kaya.Tak kan tak boleh beza kot,rasa-rasanya orang kat malaysia ni kebanyakkannya berpendidikan dan harap maklum dan kalau boleh sokong projek dari orang kita kecuali skim cepat kaya.

Aku nak bagi tau syarat-syarat dia dulu lepas tu baru boleh mula.Sapa-sapa yang tak cukup syarat kalau nak belajar boleh la.

Syarat-syaratnya:

  • Kena ada disiplin
  • Kena ada duit yang mencukupi untuk kegunaan harian,simpanan dan pelaburan.
  • Kena bersedia untuk meluangkan masa untuk belajag teknik - teknik meniaga kat pasaran saham dengan cara yang betul.
  • Kena bersedia atau belajar sebarang teknik menenangkan diri seperti yoga atau sebagainya sebagai persiapan ketika waktu kecemasan.(paling penting)
  • Kena rajin membaca.

Syarat-syarat memang banyak tapi aku bagi yang penting saja.Lepas ni kena belajar sendiri la.Sebelum melabur kena tau dulu maklumat-maklumat ringkas tentang pelaburan saham ni,jangan lupa baca laman web ni dulu :

Untuk permulaan kena belajar basic dulu,klik link kat bawah untuk belajar basic pelaburan :

Lepas dah baca yang tu semua dan dah faham sikit-sikit,tugas kedua yang perlu hampa semua tau adalah .Apa itu FKLI ? Apakah langkah permualaan yang perlu diambil tahu.Cerita dia senang saja baca laman web yang tersenarai kat bawah ni,semua maklumat berkenaan FKLI ada kat situ:

Macam mana dah faham ka???aku harap maklumat yang aku bagi kat atas tu berguna untuk hampa semua.Kalau tak faham.Itu bukan masaalah,lama-kelamaan o.k la.Mana ada orang lahir dari perut ibu terus boleh berjalan atau pun terus boleh berlari.Jadi disini kita kena ada kesabaran dan terus berusaha.Peristiwa macam ni aku dah lalui semasa baru nak belajar main saham mula-mula dulu.Ahamdulillah berkat kesabaran dan ditambah dengan kekuatan semangat untuk belajar. Akhirnya dapatlah juga aku sedikit ilmu tentang cara nak main saham ni dengan cara yang betul.Hairan juga kenapa aku selalu sebut tentang FKLI????Apa hebatnya sangat FKLI ni???Dulu aku main saham biasa yang tersenarai kat papan utama dan papan kedua di Bursa Malaysia.Tetapi setelah di kaji dan diteliti balik,Saham biasa ni kurang sikit kemampuan dia.jadi dari situ aku mula terfikir ada tak?? lagi intrumen palaburan yang lebih menguntungkan.Jawapanya adalah FKLI(future kuala lumpur index).Antara sebabnya aku suka main saham FKLI ialah

  1. Tahap kecairanya tinggi,boleh jual/beli bila-bila masa.(waktu urusniaga sahaja)
  2. Ada volatiliti
  3. Volume pun o.k
  4. Boleh buat untung
  5. Mudah nak monitor
  6. Modal yang diperlukan tak lah besar sangat, RM 3K pun dah kira o.k.
  7. Yang paling aku suka keuntunganya memang amat berbaloi dengan risiko yang terpaksa ditanggung.

Walauapapun tahap risiko memang tinggi.Tapi kalau ada ilmu pengetahuan tentang pelaburan tu,Tahap risiko dia kurang la sikit.

Untuk kali ni aku nak hampa semua belajar tentang TEKNIKAL ANALISIS pulak.Dalam bidang pelaburan saham ni teknikal analisis memainkan peranan yang amat penting la jugak.Kalau tidak ada teknikal analisis ibaratnya macam orang berjalan dalam gelap tak bawa lampu suluh.Harap-harap boleh faham.Begitulah ceritanya tentang teknikal analisis ni.Untuk buah mula kena belajar baca dan faham carta dulu.Carta kat bawah ni memang selalu aku guna.Nama dia CANDLESTICK CHART dan sila baca cerita dia kat bawah ni :

Akan bersambung pada keluaran akan datang..............