Pages

Tuesday, October 17, 2006

Kelebihan Surat khabar lama.

Asslamualaikum Semua,

Nama saya Zam.
Untuk kali ini saya nak menceritakan tentang perihal surat khabar lama.Tahukah anda apakah gunanya surat kabar lama ini selain dari dijadikan sebagai pembungkus makanan atau sebagai sampah yang terbuang apa lagi kegunaanya.Adakah anda semua percaya bahawa surat khabar lama ini boleh mendatangkan sumber pendapatan untuk anda ??????selain dari menjualnya kepada peraih surat khabar lama yang tidak seberapa harganya yang anda dapat.

Sebelum itu cuba anda perhatikan gambar dibawah ini.



Apakah pendapapat anda tentang gambar yang di sertakan ini ???.Nampak seperti pasu yang dibuat dari rotan yang dianyam dengan rapi sehingga menjadi sebuah bakul yang cantik dan mungkin berharga dalam lingkungan RM 60.00
Tetapi yang sebenarnya jika anda semua ingin tahu, Bakul yang disangka dibuat dari rotan ini adalah hasil kraftangan yang dihasilkan dari helaian kertas surat khabar lama yang tidak digunakan lagi.Cuba anda bayangkan untuk menyiapkan sebiji pasu yang sebesar ini yang berkmungkinan berharga dalam lingkuangan RM 60.00 hanya memerlukan sekeping surat khabar THE STAR yang berharga RM 1.20 satu.
Ini sesuatu yang menguntungkan.

Sila lihat bukti yang nombor dua ini, apakah benar ianya dibuat d
ari surat khabar lama ???





Contoh yang nombor dua ini lebih lelas kepada kita bahawa ianya memang dihasilkan dari helaian surat khabar lama.Jika kita mempunya kretiviti yang hebat sudah tentu berbagai -bagai hasil karftangan yang menarik dapat dihasilkan dan sudah tentu akan mendatangkan pulangan yang memberangsangkan.

Yang sebenarnya produk kraftangan yang dipamerkan ini adalah merupakan salah satu perniagaan yang dijalankan oleh saya sendiri.Sambutanya memang menggalakan walaupun hanya dijual kepada jiran-jiran terdekat.Kini matlamat dan tujuan saya adalah untuk mengetengahkan produk kraftangan ini dan untuk mencari pasaran yang lebih luas.
Bagi pengemar barangan kraftangan yang dihasilkan dari kertas surat khabar lama ini yang berminat untuk membeli boleh dapatkan maklumat lanjut dari saya dengan mengirimkan nya ke alamat email ini :
khaz_kay@hotmail.com

Semoga maklumat yang di ceritakan ini dapat dikongsikan bersama.Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang ini.

SEKIAN TERIMA KASIH